Ada pula mengatakan Tuhan mempunyai anak ,
Ada pula tuduhan kononnya Nabi itu seorang tukang tilik ,
Kalaulah Allah dan Rasulnya
tidak terlepas daripada umpat keji orang ,
Dari menjadi bahan percakapan keji lidah tidah bertulang ,
maka betapa pula hal daku yang kerdil

Diwan Shamsi Tabriz - Maulana Jalaluddin Rumi


Dalam kebenaran , pencinta tak pernah mencari sesuatu yang tidak disaksikan oleh kekasihnya 
Jika cahaya cinta telah menebus hati kita , ketahuilah bahawa Cinta telah bersemayam di hati si itu.
Bila cinta Tuhan menyala dalam hatimu, tanpa diragukan lagi Tuhan telah cinta kepadamu.
Tidak ada suara tepukan terdengar dari tangan yang bertepuk sebelah sahaja.
Hikmah dari Tuhan adalah nasib dan pengumuman yang menjadikan kita pencinta satu sama lain.
Oleh ketentuan itulah setiap bahagian dari dunia diberi pasangan . 
Pada mata orang bijak , Langit adalah lelaki dan Bumi adalah wanita;
Bumi menerima segala yang diturunkan oleh Langit. 
Bila Bumi kurang panas , Langit mengirimkan panas;
Bila Bumi kurang segar dan lembab , Langit memulihkannya
Langit berputar menurut sumbunya , seperti suami mencari makan buat isterinya
Dan Bumi sibuk menguruskan rumahnya : ia menunggui yang lahir dan menyusui bayi yang ia lahirkan.
Sebut Bumi dan Langit sebagai bakat dan kepandaian;
Kerana keduanya dipergunakan oleh makhluk berakal.
Jika pasangan ini merasakan nikmat satu sama lain , mengapa harus merangkak bersama seperti kekasih?
Tanpa Bumi bagaimana kembang dan pohonan berbunga?
Tanpa Bumi apakah langit akan menghasilkan air dan panas?
Ketika Tuhan meletakkan nafsu berahi ke dalam diri lelaki dan wanita, dunia bererti diselamatkan oleh persatuan keduanya
Begitulah Tuhan menanamkan keinginan ke dalam setiap bahagian dari keberadaan demi bahagian keberadaan yang lain.
Siang dan Malam dilihat secara lahir saling bertentangan , namun mereka saling membantu dalam mencapati tujuan yang satu
Masing-masing saling mencinta demi kesempurnaan kerja mereka yang saling memerlukan
Tanpa Malam , kehidupan manusia takkan membuahkan hasil , begitu pula tanpa Siang


---------------------

Maulana Jalaluddin Rumi Muhammad bin Muhammad bin Husin Al-Khathbi al-Bakri adalah putera sufi terkemuka bahaudin Walad . Beliau dilahirkan di Balkh , Afghanistan pada tahun 1207 dan meninggal pada tahun 1270 di Konya, Turki . Ketika masih kecil ayahnya membawa pergi meninggalkan tanah kelahirannya menuju ke Barat sehingga akhirnya sampai di Konya , tempat tinggal terakhir keluarganya . Ketika masih budak, Fariduddin Attar telah meramalkan bahawa Rumi akan menyalakan api enthusiasme ketuhanan ke seluruh dunia . Pada mulanya beliau adalah ulama yang tidak begitu tertarik pada tasawuf . Namun ketika beliau berjumpa Syamsidin , seorang sufi pengembara dari Tabriz , beliau terpikat benar-benar pada tasawuf. Rumi adalah pendiri tareqat maulawiyah atau The Whirling Derwish seperti dikenal di Barat . Disebut demikian kerana salah satu ritualnya menggunakan tari berputar-putar seperti gasing . Nicholson menyebut Rumi sebagai penyair mistik paling besar sepanjang abad di dunia ini . Teori psikologinya diakui oleh Erich Fromm sebagai sangat releven dewasa ini . Pengaruh Rumi sangat besar dalam kesustaraan dunia di barat dan Timur . Penyair besar yang menganggap Rumi sebagai guru spiritualnya adalah Mohamad Iqbal . Karyanya yang masyur selain Diwan Shamsi Tabriz dan Fihi Ma Fihi adalah Mathnawi , terdiri daripada 6 jilid . Rumi menulis tidak kurang dari 30000 kuplet puisi . Di Indonesia pernah diadakan peringatan hari wafatnya , iaitu pada Malam Rumi di Taman Ismail Marzuki , yang diselenggarakan oleh Dewan Kesenian Jakarta bekerjasama dengan penyair-penyair terkemuka Indonesia , bulan Septembar 1982

0 comments:

Post a Comment

كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي ❊❊ بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله ❊❊ وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.