Ada pula mengatakan Tuhan mempunyai anak ,
Ada pula tuduhan kononnya Nabi itu seorang tukang tilik ,
Kalaulah Allah dan Rasulnya
tidak terlepas daripada umpat keji orang ,
Dari menjadi bahan percakapan keji lidah tidah bertulang ,
maka betapa pula hal daku yang kerdil

Penetapan awal dan akhir puasa Ramadhan

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Tiada Ia berhajat kepada selain-Nya , malah selain-Nya lah yang berhajat kepada-Nya. Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah Tempatkan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang kau janjikan Amin) Beserta Ahlulbayt dan para sahabat r.anhum yang mulia lagi tinggi makam mereka itu di sisi Allah s.w.t.. Dan mereka yang mengikut mereka itu dari semasa ke semasa hingga ke hari kiamat. Ya Allah Ampuni kami, Kasihani kami, Rahmatilah kami..Amin

Amma Ba'du,

Adapun kemudian daripada itu, faqir ingin mengajak saudara pembaca yang dimuliakan berkenaan masalah penetapan awal dan akhir puasa Ramadhan. Faqir nukilkan daripada kitab "Fiqh Tradisionalis" karangan Kiyai Haji Muhyiddin Abdusshomad (Semoga Allah s.w.t. membalas beliau dengan kebaikan) dikeluarkan oleh Nahdlatul Ulama (NU) ,Persatuan Ulama terbesar di Indonesia, cetakan yang kelima, di mana apabila masuk ke cetakan keenam, dialih bahasa ke bahasa Arab untuk dihantar ke Universiti Al-Azhar bagi tujuan pengiktirafan, yang kemudiannya dibalas oleh Uni. Al-Azhar dengan sepucuk surat rasmi ditandatangani oleh Syeikhul Azhar mengiktiraf akan buku ini. Perlu diketahui bahawa Nahdlatul Ulama adalah persatuan ulama yang diiktiraf secara rasmi oleh Universiti Al-Azhar.Tersebut di dalam kitab ini:

Ada dua cara yang disepakati oleh Jumhur Ulama untuk menentukan awal dan akhir puasa. Yakni dengan melihat bulan atau menyempurnakan hitungan bulan Sya'ban. Sebagaimana yang dikatakan oleh Dr. Ahmad Al-Syarbashi, seorang dosen di Universiti Al-Azhar "Termasuk hal yang disepakati dikalangan jumhur bahawa penetapan awal Ramadhan ini dilakukan dengan salah satu dari dua cara. Pertama, melihat hilal bulan Ramadhan, bila tidak ada yang menghalangi pandangan, seperti mendung, awan,asap, debu atau yang lainnya. Cara yang kedua adalah dengan menggenapkan bulan Sya'ban sebanyak tiga puluh hari. Ini dilakukan jika ada hal-hal yang menjadi penghalang untuk melihat hilal pada malam ke tiga puluh kerana ada mendung, awan, atau yang lainnya"(Yas'alunaka fi al-Din wa al-Hayah, Juz 4, Hal 35).

Kesimpulan ini diperoleh daripada Hadis Nabi s.a.w.

"Berpuasalah kalian apabila telah melihat bulan, dan berbukalah(tidak berpuasa) kalian apabila telah melihat anak bulan. Namun jika pandangannya terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah bulan Sya'ban itu sampai tiga puluh hari" (Shahih Al-Bukhari, Daftar Hadis No. ke- 1776)

Oleh kerana itu, seseorang itu dilarang memulai puasa ataupun mengakhiri puasa sebelum ada Ru'yah. Rasulullah s.a.w. bersabda :

"Dari Abdullah bin Umar r.a. , bahawa satu ketika Rasulullah s.a.w. bercerita tentang bulan Ramadhan. Nabi s.a.w. bersabda "Janganlah kalian berpuasa sehingga kamu sekalian melihat bulan, janganlah berbuka (tidak berpuasa) sampai kamu melihat bulan. Namun jika pandanganmu tertutup mendung , maka perkirakanlah jumlah harinya "" (Shahih Al-Bukhari, Daftar No hadis ke - 1773)

Bukti -bukti di atas menunjukkan bahawa untuk menentukan awal dan akhir puasa, Ru'yah hilal merupakan cara yang diajarkan Nabi Muhammad s.a.w. . Bagi kelompok yang menggunakan hisab, mereka berdalilkan hadis ini:

"Dari Ibn Umar r.a., dari Nabi s.a.w., bahawa baginda bersabda " kami adalah umat yang tidak dapat menulis dan menghitung . Satu bulan itu seperti ini, seperti ini ". Maksudnya satu saat berjumlah dua puluh sembilan dan pada waktu lain mencapai tiga puluh hari." (Shahih Al-Bukhari, Daftar No. Hadis ke- 1780)

Hadis ini dijadikan dasar bagi mereka yang menggunakan hisab untuk melemahkan pendapat yang memakai ru'yah. Hadis ini menjadi bukti bahawa Nabi s.a.w. menggunakan ru'yah dalam keadaan terpaksa , sebab umat baginda tidak dapat menulis , mambaca serta melakukan hisab. Melihat kondisi umat yang seperti itu, maka Nabi s.a.w. menggunakan ru'yah untuk menentukan awal dan akhir puasa. Ini dilakukan untuk memudahkan umatnya agar mereka tidak menemui kesulitan ketika akan memulai dan mengakhiri puasanya. Atas dasar ini, menurut mereka, penggunaan ru'yah sudah tidak relevan lagi, kerana sekarang sudah banyak ahli hisab. Dan juga fasilitas yang mencukupi , sehingga tidak sulit untuk menggunakan hisab.

Manjawab keraguan ini, kita harus kembali pada sejarah. Apakah benar semua sahabat Nabi s.a.w. tidak dapat membaca dan menulis ?.Dan apakah pada masa Nabi s.a.w. tidak ada ahli ilmu hisab, sehingga harus menggunakan ru'yah?

Jawapannya tidak, kerana ada beberapa sahabat Nabi s.a.w. belajar tulis menulis untuk dijadikan jurutulis bagi Nabi s.a.w. seperti Sayyidina Ali bin Abi Thalib kwh. , Sayyidina Utsman bin Affan r.a., Sayyidina Ubay bin Ka'ab r.a., Sayyidina Zaid bin Tsabit r.a. , Sayyidina Muawiyah r.a. , dan lainnya. Oleh kerana itu, yang dimaksud dalam hadis ini adalah majoriti sahabat, bukan keseluruhan sahabat.

Selain itu, di negara Arab, jauh sebelum Rasulullah s.a.w. di utus, telah ada tempat untuk mempelajari ilmu hisab. Lima ratus tahun seelum Nabi Isa a.s. lahir, seorang filosof yang bernama Phitagoras yang hidup pada abad 6 sebelum Masihi telah membangun suatu lembaga pendidikan khusus yang mengajarkan tentang ilmu hisab. Bahkan sebahagian pakar mengatakan ilmu hisab merupakan ilmu tertua di dunia, kerana ada sebelum terjadi banjir besar di zaman Nabi Nuh a.s. . Ini menunjukkan bahawa ilmu hisab telah ada sebelum zaman nabi s.a.w. . Dan di antara sahabat Nabi s.a.w., telah ada yang mahir menggunakan ilmu hisab seperti Sayyidina Ibnu Abbas r.a.

Dengan alsan inilah , maka keraguan tersebut telah dapat dibantah. Dari itu, penetapan awal dan akhir Ramadhan adalah dengan ru'yah, bukan dengan hisab. Selesai petikan kitab.

Sebagai penambahan, telah ijmak dari kalangan Imam kempat-empat Mazhab bahawa memulai dan mengakhiri bulan Puasa itu dengan Ru'yah hilal.

Selawat dan salam moga dilimpahkan Allah s.w.t.. atas junjungan kita Sayyidina Nabi Muhammad s.a.w. (Ya Allah tempatkan junjungan baginda di tempat yang terpuji sepertimana yang Kau janjikan Amin)

Segala puji hanya bagi Allah s.w.t., Tuhan Empunya sekalian alam, Dan Allah jua yang Maha Mengetahui lagi memberi petunjuk.

Jazakallah Khairan Kathira. (^_^)

Al-Faqir wal Haqir Ilallah, 

Salim Azham (MSA)

0 comments:

Post a Comment

كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي ❊❊ بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله ❊❊ وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.