Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Isu Status Ayahanda dan Bonda Baginda Rasul ni satu isu yang tak patut ditimbulkan.
Dulu ( mcm baru lagi rasanya) pernah timbul isu ni..
kecoh sebentar..
tapi entah kenapa timbul kembali isu ni..
Syeikh Muhammad Fuad melalui Yayasan Sofa pernah menjawab isu ni satu ketika dahulu
ambil sedikit petikan beliau
"Jika diteliti secara insaf, sebenarnya tidak terdapat satu sebab pun yang munasabah untuk isu status ibu dan bapa Nabi SAW kita ungkit dan timbulkan di tengah-tengah masyarakat kita. Jika tidak ditimbulkan isu ini, masyarakat kita amnya mempunyai tanggapan yang sangat mulia terhadap ibu dan bapa Nabi SAW. Sikap ini adalah sikap yang lebih tepat dan berasas, seperti yang akan kita huraikan. Kalau pun ada yang bertanggapan bahawa ini adalah suatu sikap yang bercanggah dengan hadis, apakah isu ini menempati keutamaan yang begitu tinggi dan mendesak sehingga perlu ditimbulkan. Adakah selama ini dengan memuliakan ibu dan bapa Nabi SAW telah begitu merugikan dan memundurkan Islam dan umatnya di Malaysia? "tukar topik sat...baru2 ni kiter ada jumpa satu Hamba Allah...yang lantang bercakap pasa benda ni...
walaupun kiter ni dah ingatkan.."tolonglah jaga adab dengan Baginda Rasul"...tapi puak2 macam ini memang tak makan saman..bahkan mempertahankan tindakan dia...haih...
dekat bawah ni..
kiter ambil petikan dari kitab karangan Prof. Dr. Hamka..
kenapa mesti Dr Hamka?
err...entah...umum mengetahui akan aliran yang dibawa Dr. Hamka..
jadi kiter rasa mudah-mudahan..puak2 gini sudi la membaca pandangan Dr Hamka..
kang bagi yang lain...taku berat hati nak terima..
oh ya..ada golongan di malaysia ni mmg cukup berat nak menerima apa2 tulisan daripada Prof. Dr. Hamka..jadi entry ni bukan untuk anda...tetapi untuk manusia selain anda yang sudi membaca pandangan Dr. Hamka..sekian...
Tafsir Al Azhar juzu' 7 |
Tafsir Al Azhar , surah Al An'am ayat 74 |
Lihat tafsir al azhar , juzu' 7 . mukasurat 252 ,
ketika beliau (Prof. Dr. Hamka ) menafsirkan surah Al-An'am ayat 74 .
Menrik hati juga perbincangan Ulama2 tafsir tentang ayah Nabi Ibrahim ini . Ada yang mengatakan, kononnya dari kalangan mazhab Syiah bahawa azar itu bukanlah ayah Ibrahim , tetapi saudara ayahnya ( pamannya) . Mereka menonjolkan penafsiran begini untuk menegakkan suatu pendirian bahawa ibubapa seorang nabi atau rasul tidaklah mungkin seorang kafir . Lantaran iu maka segala ayat yang berhubungan dengan kisah Ibrahim dengan ayahnya , selalu mereka artikan pamannya . Untuk itu pula mereka kuatkan bahawa yang ayah Ibrahim itu memang Tarah namanya , bukan Azar . Pendapat itupun mempunyai ekor yang lanjut , iaitu menegakkan pendapat bahawa ayah -bunda Nabi Muhammad SAW pun bukanlah kafir , tetapi Islam juga sebagai ayah kandung Ibrahim .
Nescaya timbulnya pendapat atau pendirian yang begini tidak lain daripada rasa cinta dan hormat kepada Nabi2 jua . Apatah lagi Rasulullah SAW memang pernah mengatakan bahawa beliau dlahirkan ke dunia , sejak nenek moyangnya sampai ke atas sekali yaitu kepada Adam , tidak sekali juga nenek -neneknya lahir ke dunia dari hubungan luar nikah , yang disebut : “sifaah” . Padahal jika Rasul dari nenek moyang beliau tidak ada yang tersesat menyembah berhala. Tetapi adanya pendirian yang demikian tidak pula lain dari semata-mata bebasnya perkembangan ijtihad dalam Islam . Rasa cinta kepada Rasulullah SAW dan kepada neneknya Ibrahim , menyebabkan orang “tidak sampai hati” akan menyebut bahawa ibu bapa Nabi SAW atau ibu bapa Ibrahim tidak Islam , atau kafir atau masuk neraka.
Padahal ada hadith Rasulullah SAW sendiri yang dirawikan oleh Muslim dalam sahihnya dari hadith Anas bin Tsabit , bahawa seorang laki-laki datang bertanya kepada Rasulullah SAW .:”dimana ayahku, ya Rasulullah SAW ?” , Beliau menjawab :”Didalam neraka!”Setelah orang yang bertanya itu berdiri hendak pergi , dia dipanggil oleh Rasulullah SAW dan beliau bersabda :
إِنَّ أَبِى وَأَبَاكَ فِِِى النَّار
إِنَّ أَبِى وَأَبَاكَ فِِِى النَّار
“Sesungguhnya bapaku dan bapa engkau di neraka”
lalu ditegaskan oleh Imam Nawawi dalam syarahnya , “Disini jelas bahawa barangsiapa yang meninggal dalam keadaan kafir, maka masuk nerakalah dia , dan tidaklah bermanfaat baginya kerana kerabat ( kekeluargaan). Dan didalam hadith inipun dapat difahamkan bahawa orang yang mati dalam zaman fitrah dalam keadaan apa yang dipegang oleh orang Arab , menyembah berhala , diapun masuk neraka. Dan ini tidaklah patut diambil keberatan yang mengatakan bahawa belum sampai kepada mereka dakwah , kerana kepada mereka sudahlah sampai dakwah Ibrahim dan Nabi2 yang lain2 . Dan Nabi Muhammad SAW mengatakan ayahku dan ayahmu dalam neraka , ialah untuk menunujukan pergaulan yang baik dan pengubat hati yang bertanya , kerana sama2 dalam menderita sedih”-Demikan syarah ( komentar ) Imam Nawawi .
اسِْتَأذَنْتُ رَبِّى أَنْ أَسْتَغْفِِرَ لِأُمَّى فَلَمْ يَأْذَّنْ لِيْ وَاسْتَأْذَنْتُهُ أَنْأ أَزُوْرَ قَبْرَهَافَيَأْ ذَنَ لِيْ
(رواه مسلم عن أبى هريرة)
Memohon izin aku kepada Tuhanku hendak memintakan ampun untuk ibu , tetapi tidak diberi izin kepadaku . Lalu aku mohon izin hendak menziarahi kuburnya . Lalu aku diberi izin .” ( Riwayat Muslim dari Abu Hurairah )
Malahan dalam Hadith yang lain diterangkan bahwa beliau sampai menangis di kubur itu , dan memberi anjuran ummatnya supaya ziarah ke kubur untuk mengingati mati .
Maka dalam Hadith-Hadith yang sahih ini tetaplah ada yang berpegang teguh bahawa Ayah dan Bonda Nabi itu mati belum dalam Islam, apatah lagi ayah Nabi Ibrahim .
Tetapi golongan ulama2 Salaf , walaupun yany berpergang teguh kepada hadith2 yang sahih itu sendiri , tidaklah kurang hormat mereka kepada Rasul di dalam hal yang berkenaan dengan ibu bapa dan keluarga beliau , walaupun yang mati belum dalam islam sebagai Abu talib itu .
Maka dalam Hadith-Hadith yang sahih ini tetaplah ada yang berpegang teguh bahawa Ayah dan Bonda Nabi itu mati belum dalam Islam, apatah lagi ayah Nabi Ibrahim .
Tetapi golongan ulama2 Salaf , walaupun yany berpergang teguh kepada hadith2 yang sahih itu sendiri , tidaklah kurang hormat mereka kepada Rasul di dalam hal yang berkenaan dengan ibu bapa dan keluarga beliau , walaupun yang mati belum dalam islam sebagai Abu talib itu .
Khalifah yang salih , Umar Bin Abdul Aziz pernah memecat memberhentikan seorang pegawai erana terloncat mulutnya yang salah berkenaan dengan kedua orang tua Rasulullah SAW . Pegawai tinggi itu disuruh mencaru jurutulis ( sekretaris ) . Orang itu dapat dan dibawa menghadap , padahal ayah calon pegawai itu kafir . Lalu khalifah berkata kepada pegawai tinggi : “ Mengapa tidak engkau bawa seorang calon dari keturunan muhajirin ?” Pegawai tinggi itu menjawab :” Apakah salahnya ya Amirul Mu'minin , kalau orang itu sendiri baik Islamnya . Sedangkan bagi Nabi kita tidaklah membahayakan kerana ayah beliau seorang kafir !” Mendengar jawab yang tidak senonoh itu , berkata Khalifah :”Engkau telah mengambil itu menjadi perumpamaan ? Mulai hari ini Engkau tidak boleh lagi bekerja dengan daku!”
Contoh yang lain ialam Imam Syafi'e sendiri terhadap Hadith yan gsudah terkenal . Iaitu ,”Kalaulah Fatimah mencuri,nescaya aku potong tangannya.” Ketika Imam Syafi'e Rah membicarakan Hadith ini beliau berkata :
وَلَوْسَرَقَتْ فُلَانَةُ لِامْرَأَةٍ شَرِِِِِيْفَةٍٍ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
وَلَوْسَرَقَتْ فُلَانَةُ لِامْرَأَةٍ شَرِِِِِيْفَةٍٍ لَقَطَعْتُ يَدَهَا
“Kalau sekiranya Fulanah , perempuan anu yang mulia itu mencuri , nescaya aku potong juga tangannya “
Kitapun sudah tahu , ulama Hadith tidak akan merubah-rubah bunyi Hadith , Imam Syafi'e bukan tak tahu hal ini . Tetapi beiau pun tahu bahwa hadith itu sudah dikenal oleh semua orang . Maka demi hormatnya kepada Rasul. Dipakaikan kata lain, guna memuliakan puteri beliau, sehingga tidak ditetapkan namanya , sebab kurang hormat dirasanya untuk dirinya sendiri mendekatkan nama Fatimah dengan kalimat “curi”.
Salaf yang salih , Sebagai Imam Syafi'e dan Khalifah Umar bin Abdu Aziz itu telah memberikan adab yang tinggi bagi kita tetap menghormati Rasul baik di kala hidupnya atau sesudah wafatnya , sehingga dijaga juga perasaan beliau jangan tersinggung , dimisalkan beliau ada dalam waktu ini . Maka Mazhab yang benar dari Ahli Sunnah Wal Jama'ah berpendapat tidaklah beradat seorang menyebut-nyebut keluarga Rasul SAW baik ayah-bondanya ataupun paman-pamannya yang akan menyakiti perasaan beliau . Ketika membicarakan Abu Thalib , sebutlah jasanya , jangan disebut mati kafirnya . Mengenai Abu Lahab , bahkan sampai satu surah menyebt kejahatannya , namun janganlah sampai disangkut pautkan kekafirannya dengan hubungan kekeluargaannya dengan Rasul SAW . Menurut sebuah Hadith Bukhari-Muslim , bahwa pada suatu hari Hassan bin Tsabit memohon izin kepada Rasul SAW mengarang syair mencela kaum musyrikin . Lalu Rasulullah SAW sebelum mengizinkan bertanya terlebih dahulu kepada Hassan : “ Bagaimana tentang hubungan nasab ( keturunanku ) dengan mereka ?” Hassan menjawab : “ akan ku helakan nama Rasulullah SAW dari mereka ,laksana menghelakan rambut dari tepung !” Artinya : akan aku bersihkan Nasab engkau dari Nasab mereka sehingga engkau tidak terkena dalam celaan . Dan dalam riwayat yang lain tersebut pula bahwa Hassan Bin Tsabit meminta izin mengarang syair mencela Abu Sufyan . Beliaupun bertanya pula : “ Bagaimana tentang hubungan kekeluargaanku dengan dia?” Hassan pun menjawab seperti jawaban di atas tadi pula . Padahak waktu itu Abu Sufyan masih manusia yang paling memusuhi beliau .
Di kedua riwayat Hadith ini kita melihat adab beliau , dan kitapun wajib menegakkan adab itu pula terhadap beliau , Rasulullah SAW .
Demikian pula suatu hari kira-kira bulan mei 1950 saya ( Prof. Dr. Hamka ) sembahyang jumaat pada salah satu masjid di Jakarta . Khatibnya memang sudah moden dan berkhutbah dengan tangkasnya . Di dalam khutbahnya itu merembatlah ke dalam urusan “Dzuriyyat Rasul” tentang keturunan Hassan dan Hussain bin Ali bin Abu Thalib , yang menurut tradisi dipanggilkan Sayyid . Kerana Nabi SAW sendiri bersabda :” Sesungguhnya anakku ini adalah Sayyid !” Beliau ucapkan untuk Hassan bin Ali RA.
Memang sudah lama menjadi perbincangan di kalangan orang Arab terutama di indonesia tentang boleh tidaknya selain dari kaum “Ba'alawi” memakai titel(p:gelaran) Sayyid itu . Kemudian AL-Irsyad memakai gelar itu pula , yang menimbulkan kegoncangan dalam keturunan Arab dari Hadramaut bertahun lamanya . Sampai dia berbicara dalam khutbah bahawa hubungan kekeluargaan dengan Rasulullah SAW janganlah hendak dibangga-banggakan sebab keluarga Rasul SAW sendiripun bisa jadi orang jahat . Cobalah lihat Abu Lahab , dia itu adalah paman ( p:pak cik) kandung Nabi . Dan anak laki-lakinya kahwin dengan anak perempuan Nabi, ( besan nabi) dan seterusnya .
Entah bagaimana telinga seni khubtahku tidak senang mendengar . Sebab keluar dari masjid m seorang sahabatku yan gbergelar Sayyid pula , keturunan Ba'alawi , berkata kepadaku dengan wajah yang menunjukkan tidak senang . Dan diapun mengenal haluan agamaku . Katanya :”bagus benar khutbah itu!”. Lalu aku menjawab : “memang , khatib itu telah menunjukkan kepada kita betapa luas pengetahuannya . Cuma satu sahaja yang kurang dibacanya.”
kawan itu bertanya : “ apa yang kurang?”
Aku jawab :” Adab kepada Rasulullah SAW . Kasarnya ialah: “ Kurang Ajar!”
Maka kawan itu menghulurkan tangan , bersalam dengan daku , dengan hangat!
Dengan sahabat itu juga kami ziarah kepada Sayyid Amin Husaini di Mesir ( Oktober 1950) . Sehabis Ziarah dan pertemuan denga mufti tersebut kira-kira dua jam lamanya , ketika akan pulang , aku jabat tangan beliau dan aku cium . Sampai di luar sahabatku itu berkata pula : “ Mencium tangan Habib? Tidak anti?”
aku jawab pula:” Kalau itu habibnya, bukan saja mencium, menelanpun aku mau!”
~tamat petikan~
hurm...mengenai pandangan Imam Nawawi Rah. berkenaan masalah ini..
Alhamdulillah..Tuan Guru Hj. Rauf Hafizhullah dari Pondok Tampin telahpun menjawabnya..tekan sini
hurm..dah nak habis mengarut dah ni..
btw(by the way)..dulu masa Maharaja Lawak...pantang kalau ada je sebut perkataan yg macam best..terus ambik perkataan tu buat satu page di pesbuk..
kemudian..pantang kalau ada apa2 benda yang berlaku..x puas hati ke apa...
buat satu page di pesbuk juga...
sama juga dengan masalah ni...
guess what..satu page di pesbuk dah dibuat sbg respon terhadap masalah ni..(tekan sini)
tapi beza page ni dengan page2 yang lain...page kali ni mmg nampak releven sikit utk dibuat..
tapi entah kenapa..page yg sepatutnya ramai org sokong...tak dapat sokongan yg sepatutnya...haih..
~tamat petikan~
hurm...mengenai pandangan Imam Nawawi Rah. berkenaan masalah ini..
Alhamdulillah..Tuan Guru Hj. Rauf Hafizhullah dari Pondok Tampin telahpun menjawabnya..tekan sini
hurm..dah nak habis mengarut dah ni..
btw(by the way)..dulu masa Maharaja Lawak...pantang kalau ada je sebut perkataan yg macam best..terus ambik perkataan tu buat satu page di pesbuk..
kemudian..pantang kalau ada apa2 benda yang berlaku..x puas hati ke apa...
buat satu page di pesbuk juga...
sama juga dengan masalah ni...
guess what..satu page di pesbuk dah dibuat sbg respon terhadap masalah ni..(tekan sini)
tapi beza page ni dengan page2 yang lain...page kali ni mmg nampak releven sikit utk dibuat..
tapi entah kenapa..page yg sepatutnya ramai org sokong...tak dapat sokongan yg sepatutnya...haih..
0 comments:
Post a Comment