Ada pula mengatakan Tuhan mempunyai anak ,
Ada pula tuduhan kononnya Nabi itu seorang tukang tilik ,
Kalaulah Allah dan Rasulnya
tidak terlepas daripada umpat keji orang ,
Dari menjadi bahan percakapan keji lidah tidah bertulang ,
maka betapa pula hal daku yang kerdil

Selawat Munjiah



اللَّـهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ صَلَاةً  تُنْجِينَ

بِهَا من جَميع الأهوَالِ وَالافَاتِ

وَ تَقْضِى لَنا يَا الله بِهَا جَمِيْعِ الـحَاجَاتِ

وَ تُطَهِّرُنَا بِهَا مِنْ جَمِيْعِ السِّـيِّئَاتِ

وَ تَرْفَعُنَا بِهَا عِنْدَكَ اعْلَى الدَّرَجَاتِ

وَتُـبَـلِّـغُـنَـا بِهَا أَقْصَى الغَايَاتِ مِنْ جَمِيْعِ الخَيْرَات فِى الحَيَاتِ وَبَعْدَ الـمَمَات

وَعَلَى الِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا 

بِرَحْمَتِكَ يَااَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ


Qasidah Allahumma Solli 'Ala Muhammad ( إِنْ قِيْلَ زُرْتُمْ بِمَا رَجَعْتُمْ )





اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

إِنْ قِيلَ زُرْ تُمْ بِمَا رَجَعْتُمْ ❊❊ يَا أَكْرَمَ الْخَلْقِ مَا نَقُولُ

قُو لُوْا رَجَعْنَـا بِكُلِّ خَيْرٍ ❊❊ وَاجْتَمَعَ الْفَرْعُ وَاْلأُصُولُ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

لَوْ لاَ كَ يَازِينَـةَ الْوُجُودِ ❊❊ مَاطَابَ عَيْشِي وَ لاَ وُ جُوُدِي

وَ لاَ تَرَنَّـمْــتُ فِي صَلاَتِي ❊❊ وَلاَ رُكُوعِي وَ لاَ سُجُودِي

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

أَيَا لَيَــالِي الرِّضَا عَلَيْـنَا ❊❊ عُودِي لِيَخْضَرَّ مِنْـكِ عُودِي

عُودِي عَلَيْــنَا بِكُلِّ خَيْرٍ ❊❊ بِالـمُصْطَفَى طَيِّبِ الْجُدُودِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

بِاللَّهِ صِلْنِى فِدَاكَ رُوحِي ❊❊ ذُبْتُ مِنَ الْهَـجْرِ وَالصُّدُودِ

أَنَا الَّـذِي هِمْتُ فِي هَوَاكُمْ ❊❊ يَو مًا أَرَاكُمْ يَكُونُ عِيدِي

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

ثُـمَّ الصَّــلاَةُ عَلَى نَبِيـنَا ❊❊ وَالِـهِ الرُّكَّعِ السُّجُـودِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدْ  ❊❊ يَا رَبِّ صَلِّ عَلَيْهِ وَسَلِّمْ

الحمد لله والشكر لله أزكى صلاتي وسلامي على رسول الله



الحمد لله والشكر لله


ازكى صلاتي وسلامي على رسول الله 


نادى المنادي - الله - طاب فؤادي 


بطه الهادي يا عين خير البرية أأأه 


الحمد لله والشكر لله


ازكى صلاتي وسلامي على رسول الله 


صلى وسلم - الله - ربي وعظم 


على المكرم يا عين خير البرية


الحمد لله والشكر لله


ازكى صلاتي وسلامي على رسول الله 


إن المساجد - الله - فيها الفوائد 


كن فيها عابد يا عيني مع صدق النية


الحمد لله والشكر لله


ازكى صلاتي وسلامي على رسول الله 


روح للمدينة - الله - فيها هادينا 


أحمد محمد يا عيني خير البرية


الحمد لله والشكر لله


ازكى صلاتي وسلامي على رسول الله 

...............................................

مدد مدد.. يا أولياء الله 

من ربي لاطلب أمداد ❊❊  بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي ❊❊  وعند الأمجاد الأسياد

لارحل طيبة وشاهدها  ❊❊  وحي طه سيدها

والتحية رددها  ❊❊  نظرة نظرة يا أسياد

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊   بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

أبو بكر يا عيوني  ❊❊    يا عمر ما تنسوني

من أمراضي داووني  ❊❊  نظرة نظرة يا أسياد

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊   بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

عثمان القدرو عالي  ❊❊   و علي عاقلبي غالي

نظرة تحسن لي حالي  ❊❊  نظرة نظرة يا أسياد

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊   بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

جيلاني فضلو مشهور  ❊❊   ورفاعي مصباح النور

نورن غطى عالبدور  ❊❊   نظرة نظرة يا أسياد

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊   بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

ورابعة العدوية  ❊❊   ذات الهمة القوية

إلها مني التحية   ❊❊  نظرة نظرة يا أسياد

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊  بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

البدوي والدسوقي  ❊❊   حبن ساري بعروقي

سيري إلهم يا نوقي  ❊❊   نظرة نظرة يا أسياد 

من ربي لاطلب أمداد  ❊❊   بحضرة مولانا الصياد

وشيخي العرجا الرفاعي  ❊❊   وعند الأمجاد الأسياد

Qasidah Ya Imamar Rusli ( يَا إِمَامَ الرُّسْلِ يَا سَنَدِي )




Qasidah Tholama Asyku Gharomi ( طالما اشكو غرامي )



ْطَالَمَا اَشْكُوْ غَرَامِى يَا نُوْرَ الْوُجُود

ْوَأُنَادِى يَا تِهَامِى يَا مَعْدِنَ الْجُود

ْمُنْيَتِى اَقْصَى مَرَامِىْ اَحْظَى بِالشُّهُود 

ْوَأَرَى بَابَ السَّلَامِ يَا زَاكِى الْجُدُود

ْوَعَلَيْكَ اللهُ صَلَّى رَبِّى ذُو الْجَلَال

ْيَكْفِى يَا نُورَ اْلأَهِلَّةْ إِنَّ هَجْرِيْ طَال





With Malay Translation




Tafsir Al Azhar , Surah Al - Maidah ayat 44 hingga 47








إِنَّا أَنزَلْنَا التَّوْرَاةَ فِيهَا هُدًى وَنُورٌ ۚ يَحْكُمُ بِهَا النَّبِيُّونَ الَّذِينَ أَسْلَمُوا لِلَّذِينَ هَادُوا وَالرَّبَّانِيُّونَ وَالْأَحْبَارُ بِمَا اسْتُحْفِظُوا مِن كِتَابِ اللَّهِ وَكَانُوا عَلَيْهِ شُهَدَاءَ ۚ فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْكَافِرُونَ [٥:٤٤]
Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi, dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendita-penditanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu, dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir.



وَكَتَبْنَا عَلَيْهِمْ فِيهَا أَنَّ النَّفْسَ بِالنَّفْسِ وَالْعَيْنَ بِالْعَيْنِ وَالْأَنفَ بِالْأَنفِ وَالْأُذُنَ بِالْأُذُنِ وَالسِّنَّ بِالسِّنِّ وَالْجُرُوحَ قِصَاصٌ ۚ فَمَن تَصَدَّقَ بِهِ فَهُوَ كَفَّارَةٌ لَّهُ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ [٥:٤٥]
Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.



وَقَفَّيْنَا عَلَىٰ آثَارِهِم بِعِيسَى ابْنِ مَرْيَمَ مُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ ۖ وَآتَيْنَاهُ الْإِنجِيلَ فِيهِ هُدًى وَنُورٌ وَمُصَدِّقًا لِّمَا بَيْنَ يَدَيْهِ مِنَ التَّوْرَاةِ وَهُدًى وَمَوْعِظَةً لِّلْمُتَّقِينَ [٥:٤٦]
Dan Kami utuskan Nabi Isa Ibni Maryam mengikuti jejak langkah mereka (Nabi-nabi Bani Israil), untuk membenarkan Kitab Taurat yang diturunkan sebelumnya; dan Kami telah berikan kepadanya Kitab Injil, yang mengandungi petunjuk hidayah dan cahaya yang menerangi, sambil mengesahkan benarnya apa yang telah ada di hadapannya dari Kitab Taurat, serta menjadi petunjuk dan nasihat pengajaran bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa.



وَلْيَحْكُمْ أَهْلُ الْإِنجِيلِ بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فِيهِ ۚ وَمَن لَّمْ يَحْكُم بِمَا أَنزَلَ اللَّهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ [٥:٤٧]
Dan hendaklah Ahli Kitab Injil menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah di dalamnya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah, maka mereka itulah orang-orang yang fasik.

❊❊❊❊❊❊❊

Meskipun orang Yahudi itu meminta Nabi SAW menjadi hakim dalam perkara mereka , kerana sengaja mengelakkan Hukum taurat yang mereka merasa berat menjalankannya , kerana terlalu banyak makan harta haram , atau wang suap , namun Taurat itu sendiri pada asalnya adalah kitab yang benar - benar turun dari Tuhan , sama dengan al - Quran.

"Sesungguhnya telah Kami turunkan Taurat . " ( Pangkal ayat 44 ) . Penyaksian dari Allah itu sendiri bahawa Allah memang pernah menurunkan Taurat  dan berlaku Taurat itu beratus tahun lamanya , kerana memang ada yang asli dari catatan Musa sendiri . Tetapi sayangnya terbakar atau hilang ketika Bani Israel dijajah oleh bangsa Babil dan dijadikan tawanan , sebagai dahulu telah kita terangkan . " Didalamnya ada petunjuk dan cahaya . " Petunjuk didalam hidup yang diredhai oleh Allah dan mengandung cahaya Tauhid , Menyembah Allah yang maha Esa , membangkitkan dan menimbulkan Bani Israel dari lembah perbudakan Fir'aun dan daripada mempersekutukan yang lain dengan Allah . 

"Menghukum dengan dia Nabi - nabi yang telah menyerah diri ( Kepada Allah ) terhadap orang-orang Yahudi . : Iaitu setelah Musa meninggal . Maka Nabi - nabi yang datang dibelakang beliau , sejak Yusyak sampai Daud dan Sulaiman , Zakariya dan Yahya , sampai kepada Isa Al Masih , semuanya adalah menjalankan Hukum Taurat yang dikhususkan kepada orang Yahudi itu . Bahkan Nabi Isa Al Masih sendiri pernah mengatakan , bahwa beliau adalah diutus untuk menjemput anak domba Israel yang hilang.
Dan satu noktah ( titik ) pun Taurat tidak akan beliau ubah . Dan Nabi - nabi itu semuanya adalah bersikap menyerah diri kepada Allah , ialah Islam . Sebab semua Nabi - nabi dan Rasul itu adalah putera keturunan Ibrahim belaka , yang menegakkan penyerahan diri kepada Allah .

Apabila kita pelajari kitab - kitab "perjanjian Lama" catatan dari Nabi - nabi Bani Israil , Sejak Musa dan Harun , Yusyak sampai kepada Yesyaya , Armiya , Daniel , Habakuk , Ezram , Nehemiya , Daud dan Sulaiman sampai kepada Ayub , Yehezekiel , Hosea , Nabi Yoel , Nabi Yunus , Nabi Amos , nabi Mikha , Nabi Nahun , Zaganya , Nabi Rajai sampai kepda Nabi Zakariyya dan puteranya Yahya , sampai kepada Nabi Maleakhi . Apabila kita selidiki kitab - kitab itu seksama , tidaklah kita bertemu ajaran pokok mereka , selain daripada menyembah kepada Allah Yang Maha Esa dan berserah diri kepadaNya . 

Bahkan Nabi Isa Al MAsih ( Jesus Christ ) yang didakwakan oleh Kristian sebagai Allah sejati dan manusia sejati , dan didakwakan juga Anak Allah bila kita selidiki firman - firman yang keluar dari mulut baginda sendiri di dalam kitab - kitab yang dinamai Injil Matius , Markus dan Lukas , tidaklah pernah beliau mendakwakan dirinya jadi Tuhan . Kalau dia pernah mengatakan dirinya anak Allah , maka kitapun telah faham bahawa erti Bapa di sini adalah kasih sayang dan perlindungan . sebab itu bukan Isa Al Masih saja anak Allah . Banyak Nabi - nabi lain disebut anak Allah , sebagai yang telah kita tuturkan ketika menafsirkan kesalahan Yahudi dan Nasrani yang mengakui diri mereka anak Allah . 
Ajaran Isa yang keluar dari mulutnya sendiri adalah ajaran Tauhid , ajaran menyerah diri kepada Tuhan Yang Maha Esa .
Ketika Syaitan mencuba memperdayakan dan merayu Nabi Isa ; lalu kata Jesus kepadanya :

"Nyahlah engkau dari sini , hai Iblis . Kerana telah tersurat . Hendaklah engkau menyembah Allah Tuhanmu , dan beribadat hanya kepadaNya saja ," ( Matius 4:10).

Maka jawab jesus serta kepadanya : " Adakah tersurat ; bahawa wajiblah engkau sujud menyembah Allah Tuhanmu , dan beribadat hanya kepdaNya saja ." ( Luas 4:8)

Bahasa yang manapun kita pakai , namun disini telah nampak bahawa Isa mengakui yang patut disembah hanya Allah! Bukan Jesus!
Janganlah dikatakan Tuhan , sedangkan dikatakan baik saja Nabi Isa keberatan : " Maka tiba-tiba datanglah seorang kepadanya , serta berkata : "Ya Guru , kebajikan apakah yang patut hamba perbuat , supaya beroleh hidup yang kekal?" Maka jawab Jesus kepadanya : " Apakah sebabnya engkau bertanya kepadaku dari hal kebajikan ? " Ada satu yang baik . Tetapi jika engkau mau masuk kepada hidup , turutlah hukum - hukum itu ."( Matius 19;16;18).

"Tatkala Yesus keluar dari jalan , berlari-larilah seorang datang kepadanya serta berlutut , lalu bertanya kepadanya : " Ya Guru yang baik , apakah yang patut hamba perbuat , supaya hamba menjadi waris hidup yang kekal ?" Maka jawab jesus kepadanya : "Apakah sebabnya engkau katakan aku ini baik ?" Seorang pun tiada yang baik , hanya satu iaitu Allah . : ( Markus 1 -17: 18), Demikian juga maksud dari Lukas 10-18:20 .
Itulah perkataan - perkataan Isa Al Masih sendiri yang dicatat oleh beberapa pengarang - pengarang inji Matius , Markus , dan Lukas . Bacalah Injil yang keempat , iaitu Yahya ( Yohannes ) memasukkan fikirannya sendiri , lalu dikatakan wahyu . Dalam ayat pertama dari karangannya fasal kesatu , Yahya menulis , " Maka pada awal pertama adalah kalam , dan Kalam itu bersama sama dengan Allah ,  dan Kalam itulah juga Allah . "
Catatan - catatan Yahya yang dikatakan Injil itu , bahkan adanya lagi surat kirimannya dan catatannya yang bernama wahyu , inilah sumber kepercayaan Kristian yang sebenarnya , adapun yang merentangkan jalan kepada kepercayaan ini , yang terutama sekali di samping Yahya , adalah Paulus , Pauluslah yang memasukkan segala kepercayaan yang tidak berasal dari ajaran Al Masih ini . Apabila kita baca dengan kritis ketiga Injil pertama , ( Matius ,Markus dan Lukas ) Lalu bandingkan dengan apa yang ditulis oleh Yahya , kita akan mendapati perbezaan yang seperti siang dan malam atau jalan sudah bersimpang jauh sekali , yang satu ke Timur dan yang satu sudah ke Barat . Terutama lagi setelah datang keterangan - keterangan dari surat - surat Kiriman Paulus . 
Jelaslah , kalau diselidiki dengan saksama bahawa kepercayaan Trinitas adalah disusun kemudian . Kecintaan kepada diri beliau , kekaguman atas Mu'jizat yang dilahirkan Allah atas dirinya , menyebabkan dicarilah berbagai alasan dan dalil guna menetapkan bahawa Jesus Christ ialah Allah . 
Disamping itu ada perkisaran - perkisaran pemakaian bahasa selain Injil diterjemahkan kedalam berbagai bahasa , sedang Injil yang asli tidak ada lagi , untuk pembanding benda atau tidaknya terjemah . Setiap pergantian masa , kekuasaan pemakaian bahasa berubah pula , sehingga erti yang pertama sudah berbeza fahamnya , dengan erti yang kedua . Misalnya penafsiran dan pengertian kalimat Sayyidul Masih di dalam bahasa Arab . Pada mulanya Sayyid itu erti dalam bahasa Indonesia ialah Tuan . 
Maka setelah diputuskan menjadi kepercayaan bahawa Nabi Isa itu adalah Tuhan , maka kalimat Sayyid diterjemahkan jadi Tuhan.
kalimat Rabbi pun kadang-kadang bererti yang dipertuan . dan Rabbi juga bererti tuan rumah , seseorang yang menguasai rumah tangga , dan keluarga besar . Seperti syair Arab :

ُإِِذَا كَانَ رَبُّ اْلبَيْتِ بِالدُّفِّ مُوْلِعًا ❊❊  فَشِيْمَةُ أَهْلِ الْبَيِتِ كُلُّهُمُ الرَّقْص  
"Apabila kegemaran tuan rumah menabuh kecapi ❊❊ Maka kesukaan ahli rumah , semuanya ialah menari"

Maka kalau telah ditetapkan tuan empunya rumah itu jadi Tuhan , tentu Rabbi diertikan Tuhan pula , Lantaran itu terpisahlah Ummat Kristian dari garis Tauhid yang ditinggalkan Isa Al Masih , lalu menjadi Trinitas kemasukkan daripada agama Mesir Kuno atau Hindu Kuno . 
Namun kita orang Islam percaya sungguh hati , bahawa Nabi kita Isa Al Masih AS adalah seorang Rasul Allah yang mengajarkan Tauhid , mengajak ummat manusia menyerahkan diri kepada Allah , yang bererti Islam .
" Dan juga pendeta - pendeta dan orang - orang alim , dengan apa yang telah diamanati mereka dari Kitab Allah . "
Kita ertikan kalimat Rabbani , dengan pendeta-pendeta . Erti yang asal dari Rabbani ialah orang - orang yang telah mendalam rasa ketuhannanya , telah menyediakan diri untuk Tuhan semata- mata . Kalimat pendeta berasal dari kata Sanskrit ; pandit , iaitu orang - orang yang telah mendalam rasa ketuhanannya pula , lalu diambil kedalam bahasa kita . Orang Melayu di Semenanjung memakainya dalam sebutan Pandita , iaitu bererti orang yang amat ahli , sebab itu mereka memberikan gelaran Pandita Bahasa Melayu kepada Za'ba Pengarang Melayu yang terkenal . Di Indonesa kita baca dengan sebutan pendeta , yang dipakai oleh kalangan Kristian untuk gelar pemimpin agama mereka . Padahal dalam Bahasa Melayu lama di Indonesia , orang alim Islam pun digelari pandita . Didalam kitab Syamsul Hidayah , karangan Ayah dan Guru penulis , Dr Syaikh Abdul Karim Abdullah , disebutkan Ulama - Ulama Islam yang besar - besar itu Alim Pandita . 
Ahbar , kita ertikan orang alim . maka pendeta - pendeta dan orang - orang alim Bani Israel pun meneruskan memegang amanat yang diamanatkan Rasul - rasul , bilamana Rasul - rasul dan Nabi - nabi itu tidak ada lagi , supaya mereka pun meneruskan pimpinan terhadap Bani Israel menurut Hukum Taurat , jangan diubah -ubah . " Dan adalah mereka itu menjadi saksi atasnya . : Iaitu bahawa orang tua - tua Bani Israel yang hidup di zaman Rasulullah SAW menjadi saksi atas kebendaran hal itu , tidak dapat mereka memungkirinya , kerana memang demikian halnya . " Maka janganlah kamu takuti manusia , tetapi takutilah Aku . " Nasihat kepada orang - orang Yahudi itu supaya mereka jangan takut kepada ancaman manusia dari kaum mereka sendiri , lalu berusaha menyembunyikan kebenaran taurat . Tetapi takutlah kepada Allah , yang telah menurunkan Taurat itu untuk petunjuk dan cahaya bagi kamu . " Dan janganlah kau jual ayat - ayatKu dengan harga yang sedikit . " Kerana mengharapkan keuntungan harta benda , lalu kamu gelapkan kebenaran , kamu perjual belikan Hukum Tuhan , kamu sembuyikan hukum yang sebenarnya . Meskipun berjuta - juta wang yang kamu terima untuk itu , namun dia masih sedikit harganya jika dibandingkan dengna kebenaran yang kamu khianati . " Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah , maka adalah mereka itu orang - orang yang kafir . " ( Hujung ayat 44 ) .
Ertinya , jika selama ini kamu mengaku memegang teguh setia kepada Taurat , hendaklah hukum yang tersebut di dalam Taurat itu kamu jalankan . Rasulullah SAW sendiri di waktu diminta oleh mereka menjadi Hakim , telah mengajak mereka supaya kembali kepada Hukum Taurat . Maka pendakwaan mereka teguh setia memegang Taurat , tetapi tidak mau menjalankan hukumnya , bererti mereka kafir juga , iaitu menolak dan tidak percaya juga .
Di dalam Taurat itupun memang ada peraturan - peraturan hukum yang berlaku pada Bani Israil : " Dan telah kami wajibkan atas mereka di dalamnya ,bahwasanya jiwa ( balas ) dengan jiwa . " ( Pangkal ayat 45 ) .
Iaitu kalau seorang membunuh satu jiwa , hendaklah digantikan dengan jiwa si pembunuh itu pula , sebagaimana yang didibayangkan pada ayat 32 di atas " Mata dengan mata , hidung dengan hidung , gigi dengan gigi dan luka- luka ada qisasnya . Maka barangsiapa yang mendermakan hak balas itu , maka adalah itu penebus baginya . " Maka tersebutlah di dalam Taurat itu bahawa siapa yang melenyapkan jiwa orang , harus diganti dengan jiwanya pula , melenyapkan mata orang , dilenyapkan pula matanya , demikian juga hidung dan gigi . Dan kalau ada perdamaian , sehinggga keluarga si terbunuh atau yang kehilangan mata , hidung dan gigi itu mendermakan hak balas , artinya memberi maaf , maka kemaafan itu sudahlah sebagai kaffarat untuk menghapuskan kesalahannya : " Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan Allah , maka mereka itu adalah orang - orang yang aniaya . " ( Hujung ayat 45 )
Zalim dan aniayalah orang yang tidak menjelaskan hukum yang telah ditentukan Allah itu . Zalimlah orang yang mengaku dirinya berpedoman kepada Taurat , padahal Hukum Taurat tidak dijalankan .
Dalam taurat yang beredar sekarang pun memang bertemu tertulis hukum - hakam itu , yang tersebut didalam " Kitab Keluaran " Fasal 21 :
23 - Tetapi jikalau ada bahaya kematian sertanya , maka tak akan jangan jiwa akan ganti jiwa 
24 - Maka akan ganti mata , gigi akan ganti gigi , tangan akan ganti tangan , kaki akan ganti kaki .
25 - Ketunuan akan ganti ketunuan , luka akan ganti luka , bincut akan bincut.

Didalam kitab " Imamat Orang Lewi " Fasal 24 ayat 27 tersebut pula : " Maka barangsiapa yang telah memalu orang sampai ia mati , tak akan jangan iapun akan mati dibunuh . "
" Dan telah kami iringi atas jejak - jejak mereka dengan Isa anak Maryam . " ( Pangkal ayat 46 ) . Ertinya , bahawasanya  bila diutus kemudiannya Isa Al Masih , lain tidak adalah menuruti jejak Rasul - Rasul Bani Israel yang dahulu juga , dan hukum - hukum Taurat juga beliau pertahankan : " Sebagai menggenapi bagi yang terlebih dahulu daripadanya dari Taurat , dan telah Kami berikan kepadanya Injil . "
Dalam hukum tidaklah Al Masih datang merubah Taurat , melainkan menggenapkan atau menyempurnakan . Beliau sendiripun pernah berkata, bahawa satu noktahpun isi Taurat itu tidak akan berubah . Maka beliaupun diberi Wahyu Kitab Injil . " Di dalamnya ada petunjuk dan cahaya dan sebagai menggenapi apa yang terdahulu daripadanya dari Taurat . " Sebagai Taurat , Injil itupun berisi petunjuk kepada jalan selamat , cahaya yang akan mengeluarkan manusia dari gelap gelita kebodohan dan khurafat , kepada kebersihan Tauhid ; digenapkan lagi dengan pelajaran rohani yang lebih mendalam , budi pekerti yang lebih mendalam, cinta-kasih yang mesra sesama manusia , yang bekas - bekas pelajaran itu masih boleh juga kita dapati dalam " Khutbah Gunung" Beliau yang terkenal itu . Kerana dibuktikan dalam sejarah Bani Israel bahawa mereka sudah demikian tenggelam dalam urusan kebendaan , mendakwakan setia memegang isi Taurat , padahal hanya mempertahankan kulitnya , tidak memperhatikan isinya ; " Dan petunjuk dan pengajaran bagi orang - orang yang ( mau ) bertakwa . ( hujung ayat 46 ) .
Ditekankan pada ujung ayat , bahawasanya isi Injil yang penuh pengajaran dan petunjuk itu dapat menjadi pedoman hidup bagi orang yang bertaqwa . Kerana apabila orang telah bertaqwa kepada Tuhan , akan diberi Tuhanlah cahaya dalam jiwanya , sehingga dia mudah menerima pengajaran untuk seterusnya . Berbeza dengan orang Yahudi yang terdahulu tadi , yang hanya mempertahankan Taurat dengan mulut , tetapi menjauhi Taurat dalam tingkah dan perbuatan .
Hujung ayat ini telah membawa bukti dalam kehidupan orang Kristian di tanah Arab sendiri setelah Risalah Muhammad , Rasul penutup dari sekalian Rasul ; berduyun mereka memeluk Islam , sebab menurut pandangan mereka , kedatangan rasul -Rasul , sejak Musa sampai Al Masih sampai Muhammad  adalah menjalankan suatu tugas belaka , iaitu mentauhidkan Allah . 

"Maka hendaklah menghukum Ahlul Injil dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah padanya." ( Pangkal ayat 47 ) . Sudah lama diketahui pendirian Islam tentang Ahlul_Kitab . Meskipun pokok kepercayaan mereka  menurut keyakinan Islam sudah jauh melampaui batas yang ditentukan Allah , sudah Ghuluw , iaitu berlebih - lebihan , namun mereka tidaklah dikerasi dan dipaksa masuk Islam . Tetapi kalau hendak tetap memgang Injil , peganglah Injil yang betul , hilangkan pengaruh lain dan tafsiran lain yang dimaukkan ke dalam Injil oleh keputusan Pendeta . melainkan jalankanlah hukumya benar - benar , " Dan barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah , maka itulah orang - orang yang fasik . " ( Ujung ayat 47 ) . 
Ayat ini dan yang sebelumnya memberikan kejelasan yang nyata sekali , bahawa di dalam kekuasaan Islam , orang - orang Dzimmi Yahudi dan Nasrani diperintahkan menjalankan hukum menurut kitab mereka . Padahal isi Hukum Tuhan dalam semua kitab suci , baik Taurat dan Injil , sampai kepada al - Quran dasarnya ialah satu , iaitu Hukum Tuhan , Di zaman hidupnya Al Masih , oleh kerana kekuasaanyya adalah pada bangsa Romawi dan kaum Yahudi dalam jajahan belumlah boleh dapat menjalankan Hukum Tuhan dari Taurat dengan tegas . Beliau hanya berkata : " Berikanlah hak Allah kepda Allah dan Hak Kaisar kepada kaisar . "
Malahan seketika orang - orang Yahudi datang kepada beliau membawa seorang perempuan yang mereka tuduh berzina , supaya dijalankan kepadanya Hukum Taurat . Beliau bertanya bahawa adakah di antara mereka itu orang - orang yang tidak pernah berdosa ? Siapa orang - orang yang tidak pernah berdosa itulah yag melontar perempuan itu dengan batu sampai mati . Maka berpandang - pandanganlah satu dengan yang lain , dan tidak ada seorang juapun yang berani menjatuhkan hukum kepada perempuan itu , sebab merasa bahawadiri masing - masing tidak sunyi daripada bersalah . Dengan sikap Al -Masih yang demikian , bukan bererti bahawa beliau merubah Hukum Taurat , melainkan menyuruh mereka terlebih dahulu membersihkan jiwa sendiri  sebelum menuduh-nuduh orang lain . dan yang lebih beliau dari pihak penguasa Romawi . Sebab hak menghukum mesti dijalankan dalam kekuasaan pemerintahan Romawi . (Ketika menerangkan hukum rejam ini di dalam Surah An - Nur kelak , akan bertemu lagi keterangan ini ) '
Kemudian setelah 300 tahun beliau meninggalkan dunia , barulah Kristian diakui sebagai agama Rasmi oleh kerajaan Romawi . Tetapi kekaisaran Romawi hanya menerima Kristian sebagai anutan kepercayaan yang telah banyak diadakan perubahan pula , terkhusus sebagai anutan kepercayaan Triniti . Adapun dalam hal Hukum , tidaklah Romawi mengambil dari Taurat , tetapi khusus dari pusaka FIqh Yunani , yang dilanjutkan oleh Fiqh Hukum Romawi . Kadang - kadang hasil karya Cicero dan lain - lain , itulah undang - undang yang berkembang dan berlaku , sefang Hukum dan Undang - undang Allah tidaklah diberi peluang untuk dijadikan dasar hukum pidana dan perdata . 
Maka dapatlah kita fahami , demi melihat pemeluk Yahudi dan Nasrani , bahawa kalu mereka tidak mau masuk Islam , sebagai Ahlul_Kitab , biarlah mereka tetap memegang agama dan kitab mereka . Mereka adalah Dzimmi , iaitu mereka betul - betul menjalankan hukum yang asli dari kedua kitab itu . Taurat dan injil . Ayat - ayat ini bukanlah mengatakan bahawa Yahudi dan Nasrani boleh menjalankan hukum mereka , tetapi mereka diwajibkan menjalankan hukum itu dalam pemerintahan Islam . sebab itu pemerintahan Islam melakukan juga pengawasan , adakah kedua Ahlul-Kitab itu menjalankan hukum agamanya atau tidak . Dan sebab itu pula kita lihat di dalam praktik cara menjalankan kehendak ayat ini seketika Sayyidina Umar bin Khattab telah menaklukkan Palestine , beliau tetapkan jabatan Uskup - uskup dan patrik - patrik Kristian dan Rabbi dan Ahbar Yahudi , lalu diperintahkan supaya mereka memimpin ummat mereka , di bawah pengawasan Wali dan Khalifah . Dan seketika Sultan Muhammad Al Fatih Osmani menaklukkan Constantinopel , yang kemudian dinamai Istanbul ( 1453 ) , beliau tetapkan jabatan Uskup yang beliau dapati telah ada dan beliau samakan kedudukannya dengan menteri-menteri yang lain yangberagama Islam , menjadi Menteri Kerajaan Osmani mengurus berlakunya Hukum Injil dan Taurat dalam kalangan rakyat Osmani Kristian . 
Itu pula sebabnya jika Lebanon dan Syria masih terdapat orang Kristian Arab sampai sekarang , demikianpun Kristian Kopti di Mesir , hidup rukun damai menjalankan agama mereka di bawah naungan bendera Islam , yang menjamin mereka dengan ayat - ayat al Quran ini .Padahal satu gelintir pun kita tidak mendapati lagi orang islam di Andalusia ( sepanyol ) yang pernah mencapai 14 juta jiwa , padahal kekuasaan dicabut dari mereka baru pada tahun 1492. Semuanya ini adalah : Fakta sejarah yang berbicara sendiri .
Satu masa gereja mendapat kesempatan memgang kekuasaan . Di Akhir Abad keempat Kerajaan Romawi terpecah dua , Romawi Timur dan Romawi Barat . Romawi Timur berpusat di Konstantinopel , Romawi Barat dipindahkan ke MIlano , pamor Kaisar turun temurun . Kesempatan baik bagi Paus menaiki Singgahsana Kaisar yang telah kosong . Sejak bercampur kerajaan akhirat dengan dunia , lama - lama kalahlah keakhiratan dan pendeta mengejar mahkota . Cinta kasih lama - lama menjadi kehausan kuasa , kezaliman mulai berlaku atas kehendak gereja . Apatah lagi " Kunci syurga di tangan beliau " . Dan mulailah terkenal " Surat Ampunan Dosa " , yang bisa diperjual-belikan dan tawar menawar.
Terutama di zaman Perang Salib , demikian juga setelah gereja mendirikan Panitia Pembersihan ( Enquisisi ) setelah orang Islam diusir habis dari Sepanyol . Sejarah mengakui , betapa hebat , ngeri dan kejam hukum-hukum yang mereka jatuhkan . Sampai ada orang yang disula , dipotong lidah , dibakar hidup - hidup , dimasukkan ke dalam sebuat tong yang disekililing  itu penuh ditancapkan paku . Digantungkan tangannya ke atas atau kakinya ke atas . Semuanya itu hukuman yang dijatuhkan kepada orang - orang yang dituduh melanggar hukum gereja , yang dituduh murtad atau menyatakan faham yang lain , yang berlawanan dengan keputusan gereja . Seketika tentera Napolean masuk Sepanyol , di bongkarlah alat - alat penghukum yang kejam itu dari berpuluh buah gereja . Dan hukuman - hukuman kejam itu pun di bawa oleh portugis ketika mereka menjajah Melaka . Semuanya itu bukan Hukuman Injil yang penuh kasih-cinta , tetapi kezaliman ( tirani ) gereja yang telah menyebabkan pemberontakan fikiran , baik dari segi agama sendiri dari kaum protestan , atau dari angkatan baru di luar agama yang meminta kebebasan fikiran , yang menimbulkan Revolusi Perancis . Sebab satu tujuan Revolusi Perancis , ialah menumbangkan kekuasaan gereja yang mengerikan itu . 
Zaman kekuasaan mutlak gereja itu dinamai ahli sejarah Eropah : Zaman Gelap . 
Tentang ketiga ayat ini banyaklah pula perbincangan ahli tafsir , apakah dia hanya terkhusus sebagai ancaman kepada Yahudi dan Nasrani , ataukah mengenai juga kita kaum Muslimin ? Ada dibawa orang Tafsir yang mereka katakan diriwayatkan dari Ibn Abbas , Bahawa beliau berkata : "Kafir di sini bukanlah mencapai kafir , dan zalim bukanlah mencapai zalim dan fasik bukanlah mencapai fasik . Dan ada riwayat Ibnu Abbas juga , katanya ayat - ayat ini hanya mengenai orang Yahudi , tidak megenai Islam sedikitpun . Dan ada pula riwayat dibawakan dari As-Sya'bi, bahawa ayat pertama dan kedua mengenai Yahudi dan ayat ketiga mengenai Nasrani . Tetapi kita tertarik pula kepada keterangan Hudzaifah bin Al Yaman seketika orang bertanya kepada beliau tentang ayat ini . Seorang berkata bahawa ayat - ayat ini hanya mengenai Bani Israel . Mendengar itu berkatalah Hudzaifah : " Enak benar bagimu ada kawan Bani Israel . Sungguh , demi Allah , kamu akan menempuh pula jalan mereka menurut jejak langkah mereka ."
Dan satu riwayat lain dari Ibnu Abbas yang diriwayatkan oleh Ibnu Mundzir : " Sebaik - baik kaumlah rupanya kamu ini kalau segala yang manis hanya untuk kamu dan segala yang pahit buat Ahlul Kitab ." Dan ditanyakan orang kepada Sa'id bin Jubair ke mana tujuan ketiga ayat . " Barangsiapa yang tidak menghukum dengan apa yang diturunkan oleh Allah " itu apa benarkah tertuju kepada Bani Israel saja ? Beliau menjawab : " Tidak! Bahkan dia diturunkan atas kita. "
Riwayat yang diterima dari Maqaam , Maula Ibnu Abbas pun menyatakan demikian pula , bahawa ayat ini diturunkan kepada ahlul kitab dan kepada kita kaum Muslimin . Cuma tambahannya ialah bahawa kafir disini bukanlah mencapai kafir syirik , dan Zhulm di sinipun bukan mencapai zhulm syirik , dan fasik di sini bukan mencapai fasik syirik .
Kitapun dapatlah memahamkan bahawa ayat al - Quran , diturunkan kepada Nabi kita Muhammad SAW meskipun tertuju kadang - kadang kepada Ahlul Kitab , Bukanlah dia semata-mata suatu kisah yang akan kita baca saja , Tetapi adalah dia untuk kita ambil banding . Sebagai Muslimin jaganlah kita melalaikan menjalankan Hukum Allah , sebab di awal Surah sendiri , yang mula - mula diberi peringatan kepada kita ialah supaya menyempurnakan segala 'Uqud . Maka menjalankan Hukum Allah adalah satu 'Uqud yang terpenting di antara kita dengan Allah . 
Selama kita hidup , selama iman masih mengalir di seluruh pipa darah kita , Tidaklah sekali - kali bleh kita melepaskan cita- cita agar Hukum Allah tegak di dalam alam ini ,walaupun di negeri kita tinggal . Moga - moga tercapai sekadar apa yang dapat kita capai . Kerana Tuhan tidaklah memikulkan kepada kita suatu beban yang melebihi dari tenaga kita . kalau Hukum Allah belum jalan , janganlah kita berputus asa . Dan Kufur , Zhulm dan fasiklah kita kalau kita percaya bahawa ada hukum lain yang lebih baik dari hukum Allah . 
Dan jika kita berjuang menegakkan cita Islam ditanya orang : " Adakah kamu , hai Umat Islam bercita - cita , berideologi , jika kamu memegang kekuasaan  , akan menjalankan hukum Syariat Islam dalam negara yang kamu kuasai itu ? " 
Janganlah berbohong dan mengolok-olokkan jawapan . Katakan terus terang bahawa cita - cita kami memang itu . memang hendaknya berjalan Hukum Allah dalam negara yang kita kuasai itu . Apa ertinya Iman kita kalau cita - cita yang telah digariskan Tuhan dalam Al Quran itu kita mungkiri ?
Dan kalau ditanyakan orang pula : " Tidakkah dengan demikian kamu hendak memaksakan agar pemeluk agama lain yang golongan kecil ( minoritas ) dipaksa menuruti Hukum Islam ?"
Jawablah tegas : " Memang akan kami paksa mereka menuruti  Hukum Islam . Dan setengah dari Hukum Islam terhadap pemeluk agama yang minoritas itu ialah agar supaya mereka menjalankan Hukum Taurat , Ahli Injil diwajibkan menjalankan Hukum Injil . Dan kita boleh membuat Undang - undang menurut teknik pembikinannya , memakai fasal - fasal dan ayat - ayat suci , tapi dasarnya wajiblah Hukum Allah dari kitab - kitab suci , bukan hukum buatan manusia atau diktator manusia . "
Katakan itu terus terang , dan jangan takut .
Dan insaflah bahawasanya rasa takut orang menerima Hukum Islam ialah kerana propaganda terus menerus dari kaum penjajah selama berpuluh beratus tahun , sehingga orang2 orang yang mengaku beragama Islam sekalipun kemasukan rasa takut itu kerana dipompakan oleh penjajahan .
Lihatlah bagaimana celakanya perikemanusiaan di zaman sewenang-wenang hukum buatan manusia , seumpama di Jerman di zaman Nazi , di Italia di zaman Fascis , dan di seluruh Negara yang dipengaruhi oleh Komunis .
Apabila kira membicarakan Hukum Allah , hendaklah kita menilik terlebih dahulu kepada Filsafat Hukumnya dan dari mana sumber Hukum , Dalam Islam sudah nyata bahawa sumber Hukum ialah Allah dan Rasul , atau al Quran dan Sunnah . Sebab itu dalam Islam manusia bukanlah pencipta Hukum melainkan pelaksana Hukum Tuhan . Tetapi manusia tadi diberi kebebasan pula berijtihad bagaimana supaya Hukum Tuhan itu berjalan . Pokok Hukum Tuham dan Rasul itu disimpulkan dalam bunyi ayat : " Menghalalkan bagi kamu akan yang baik baik dan mengharamkan atas kamu barang yang buruk . " Dan mengambil manfaat dan menolak mudharat . adapun pelaksanaan hukum yang tersebut dalam al Quran tidaklah banyak : yang terkenal hanya beberapa buah sahaja , iaitu hukuman atas gerombolan pengacau , hukuman atas pencuri dan hukuman atas berzina . Dan beberapa hukum lainnya terdapat dalam Sunnah .
Lalu ahli - ahli Fiqh Islam yang besar - besar telah membagi pula bentuk Negara kepada tiga macam : Iaitu Darul Islam ( Negara islam ) . Darul Harbb ( Negeri tengah berperang dengan orang Islam ) dan Darul Kuffar ( Negara orang Kafir ) . Maka sepakatlah ahli - ahli Fiqh bahawa Negara Islam 100% , nescaya hendaklah 100% pula Hukum Islam berlaku . Tetapi meskipun bebas memakai ijtihadnya , sehingga ada juga hukum yang dinamai Ta'zir , iaitu hukum sebagai pendidik dan pengajar si bersalah . Perkembangan bernegara sebagai di zaman sekarang inipun akan memperlengkap pandangan kita tentang istilah - istilah nama Negara yang disebut ahli - ahli Fiqh tadi . Di Negara - negara moden ada undang - undang dasar yang menjamin kemerdekaan pemeluk agama yang kecil bilangannya dalam negeri itu , seumpama golongan kecil orang Islam di Burma, Filipina , Muangthai dan lain - lain . Hukum di negeri - negeri itu teranglah hukum Nasional yang tidak berdasar agama , melainkan hukum umum . Nescaya orang Islam di negeri itu , kalau dapat , hendaklah memperjuangkan agar syariat Islam dan hukumnya berlaku di kalangan penduduk Islam itu sendiri , dalam tangka kesatuan negara . 
Kalau kita tilik pula keadaan bertumbuhnya Republik Indonesia , Secara hukum kita dapat mengatakan bahwa selain dari negara ini suatu negara Negara Kesatuan , diapun adalah Negara yang didirikan atas persetujuan golongan - golongan yang terbesar di dalam negeri ini pada hari bulan julai 1945 , yang dikenal dengan nama Jakarta Charter , iaitu golongan Islam , Nasionalis dan Kristian . Pemuka yang mengikat perjanjian itu mempunyai cukup syarat - syarat buat disebut " Ahlul Halli wal 'Aqdi" . isi perjanjian ialah akan mendirikan sebuah Negara yang semua golongan terjamin menganut kepercayaannya ; malahan pernah ditegaskan bahwa bagi pemeluk Islam supaya menjalankan syariat agamanya .
Maka Negara kita telah dibentuk atas dasar perjanjian bersama , atau 'Uqud yang telah diperintahkan kepada orang 2 orang yang beriman supaya menyempurnakannya .
Menurut pangkal Surah al Maidah ini , perjanjian ini wajiblah dipelihara dan disempurnkan , kerana dia bukanlah menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal . Bahkan pada adatnya , kalu tidaklah ada Charter ini , tidaklah akan tercapai kemerdekaan yang telah ada ini .
Maka dalam Negara yang telah ada ini , wajib jugalah sarjana- sarjana dan ahli - ahli fikir Islam berjuang sekadar tenaganya , agar Hukum Tuhan itu berjalan , dengan teratur dan diterima oleh masyarakat umum , melalui  kemungkinan - kemungkinan yang ada . Kerana kitapun tahu bahawasanya untuk mencapai suatu cita - cita yang sah dan luhur  , wajib juga kita mempertimbangkan ruang dan waktu . Dan tidaklah kita diberi beban oleh Allah melebihi daripada tenaga dan kemampuan yang ada pada kita . Sebab pekerjaan membentuk undang - undang dari sebuah negara yang telah didirikan dengan kesepakatan segala golongan itu , padahal negara itu dahulunya bekas jajahan , bukanlah semudah apa yang dikhayalkan oleh fikiran .


p/s: kredit scan kitab diatas kepada Brado Kapak...semoga beliau tidak ujub

كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي ❊❊ بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله ❊❊ وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.