Ada pula mengatakan Tuhan mempunyai anak ,
Ada pula tuduhan kononnya Nabi itu seorang tukang tilik ,
Kalaulah Allah dan Rasulnya
tidak terlepas daripada umpat keji orang ,
Dari menjadi bahan percakapan keji lidah tidah bertulang ,
maka betapa pula hal daku yang kerdil

Qasidah Ya Laqolbin ( يَا لَقَلْبٍ )




يَا لَقَلْبٍ سُرُورُهُ قَدْ تَوَالَى ❊❊ بِحَبِيبٍ عَمَّ الاَنَا مَ نَوَ الاَ

جَلَّ مَنْ شَرَّفَ الوُجُودَ بِنُورِ ❊❊ غَمَرَ الكَوْنَ بَهْجَةً وَجَمَالاَ

يَا لَقَلْبٍ سُرُورُهُ قَدْ تَوَالَى ❊❊ بِحَبِيبٍ عَمَّ الاَنَا مَ نَوَ الاَ

قَدْ تَرَقَّ فِي الحُسْنِ اَعْلَى مَقَامِ ❊❊ وَتَنَا هَفِى مَجْدِهِ وَتَعَالى

يَا لَقَلْبٍ سُرُورُهُ قَدْ تَوَالَى ❊❊ بِحَبِيبٍ عَمَّ الاَنَا مَ نَوَ الاَ

لاَ حَظَتْـهُ العُيُونُ فِيمَا اجْتَـلَتْـهُ ❊❊ بَشَرًاكَا مِلاً يُزِيحُ الضَّلاَلاَ

يَا لَقَلْبٍ سُرُورُهُ قَدْ تَوَالَى ❊❊ بِحَبِيبٍ عَمَّ الاَنَا مَ نَوَ الاَ

وَهْوَ مِنْ فَوْقِ عِلْمِ مَا قَدْ رَاَتْـهُ ❊❊ رِفْعَـةً فِى شُؤُو نِهِ وَكَمَـالاَ



Penerangan Mengenai maksud Ibadat : ringkasan bagi buku "Fitna-e-maududi" ( Fitnah Pemikiran Maududi ) bagi Maulana Muhammad Zakriya Rah



IBADAT RASULULLAH SAW

وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ [٥١:٥٦]


" Tidak Ku jadikan jin dan manusia malahan  hanyalah semata - mata untuk beribadat kepadaku "

Di dalam terjemahan Syamail Tirmizi dinyatakan bahawa setiap geraklaku Rasulullah SAW adalah amalan ibadat . Percakapan dan diamnya adalah zikir . Malangnya di zaman yang penuh jahil , fitnah  dan kebodohan ini , menjadi perlu pula untuk menerangkan walaupun makna ibadat dan zikir yang sudah dan diketahui umum ini . Satu penerangan mengenai maksud ibadat telah ditulis  didalam buku Hadrat Syeikh yang berjudul "Fitna-e-maududi" ( Fitnah Pemikiran Maududi ) dan sekarang ini dipaparkan di sini secara ringkas . Untuk keperincian sila lihat buku "Fitna-e-Maududiat" .

Setiap percakapan  Rasulullah SAW adalah sejajar dengan wahyu Allah debagaimana yang dinyatakan didalam Al Qur'an itu sendiri 

وَمَا يَنطِقُ عَنِ الْهَوَىٰ [٥٣:٣]

[Dan ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan ugama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.]

Tetapi sesiapa sahaja menganggap bahawa kata-kata Rasulullah SAW dan perbualan - perbualan yang mempunyai nur daripada Rasulullah SAW merupakan kata - kata Allah dan merupakan sebahagian daripada Qur'an, atau seseorang  menyatakan bahawa fadhilat membaca Qur'an dapat digunakan kepada pembacaan Hadith , maka jelaslah bahawa orang ini menyelewengkan Deen ( Agama ) . Begitulah juga apa sahaja perkara - perkara yang dilakukan dengan penuh kesedaran kehadiran Allah ,dan menuruti perintahNya untuk memperolehi keredhaanNya . Maka perbuatan yang demikian pada anggapannya dikira sebagai ibadat dan ganjarannya sebagai ibadat zikir diperolehi . Tetapi ini tidaklah mengubah makna ibadat dan zikir yang telah ditetapkan oleh syariat .
Mengenai definisi ibadat menurut istilah syariat , Allamah Munaawi Rahmahtullah  alaihi menulis :

"Ibadat adalah satu nama yang paling tinggi bagi 'khuduq' ( satu keadaan seorang itu merasakan satu pengalaman rendah diri dan pada masa yang sama mengalami perasaan kebesaran Allah Ta'ala) , dan amalan ibadat ialah satu alamat bagi tahap 'khuduq' yang paling tinggi , sama ada ianya berbentuk solat , puasa , jihad atau membaca Al Qur'an "

Begitulah juga bahawa definisi ( ta'arif ) bagi zikrullah ialah sebagai meningati Allah menerusi sebutan  Nama - NamaNya yang mulia atau menerusi kalimah Tayyibah . Jadi menurut Hadith kalimah " Laa-ilaha-illallah' dikatakan sebagai yang paling afdhal . Tetapi di zaman bid'ah (Innovations), perbalahan dan fitnah ini , telah merata perbauran tentang makna yang sebenar daripada ibadat . Di hari ini makna tersebut tidak lagi berpegang kepada istilahnya yang ada dalam syariat dan juga makna asal yang telah sampai kepada kita secara "Tawatur" ( rangkaian  penyampaian Hadith yang tidak terputus sejak zaman Rasulullah SAW sehingga sekarang ) . Dalam lain perkataan , amalan - amalan baik yang dikelaskan sebagai ibadat secara kiasan sahaja telah dianggap sebagai yang sebenar . Dan amalan - amalan yang dita'arifkan oleh syariat sebagai ibadat telah dikatakan sebagai "ibadat pada namanya sahaja" . Lebih malang lagi penyelewengan di dalam Agama yang sedemikian telah disanjung sebagai suatu 'kajian' dan 'satu pancaran nur' , sebaliknya pula telah menuduh mereka yang tetap berpegang kepada maksud asal yang telah sampai kepada kita secara "tawatur" bahawa mereka ini telah "menyempitkan makna yang luas" . Amal ibadat seperti solat , puasa , zakat dan haji telah dikelaskan sebagai ibadat oleh Rasulullah SAW . Ini telah dibincangkan secara berasingan didalam Hukum Ahkam Islam daripada perkara - perkara yang menyentuh khidmat sosial  , perniagaan , cara hidup dan lain - lain perkara . Dengan ini didalam kebanyakan kitab - kitab Hadith dan Fiqh , berbagai - bagai amalan dan cabangan agama yang disenaraikan di atas dibincangkan berasingan daripada ibadat ( amalan ibadat seperti solat , puasa dan lain - lain ) . Setengah - setengah amalan yang dibolehkan , jika dilakukan kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT , ataupun amalan - amalan yang dimaksudkan untuk menolong ibadat biasanya diistilahkan sebagai 'ibadat' dalam bentuk kiasan ( bayangan ).Tetapi amalan - amalan ini ( yang dianggap kiasan atau bayangan ibadat ) jika dilakukan untuk sesuatu selain daripada Allah tidak akan membawa kepada 'syirik' ( menyekutukan Allah ) . Misalnya jikalau khidmat awam dan kerja - kerja yang baik dilakukan kerana sesuatu  maksud keuntungan duniawi atau untuk menyukakan hati seseorang maka walaupun amalan tersebut tidak memperolehi pahala , namun pada ketika yang sama tidak membawa kepada kesyirikan . Sebaliknya jika ibadat yang sebenar seperti sajdah ( sujud ) dan sebagainya dilakukan kerana selain daripada Allah ,maka ianya membawa kepada kesyirikan . Segala amalan di dalam bidang hidup seseorang itu adalah dibenarkan dengan syarat  ianya tidak bertentangan dengan syariat dan jika dilakukan kerana Allah akan memperolehi ganjaran pahala dan dianggap sebagai ibadat dalam kelas kiasan .

Begitulah juga jika seseorang itu sentiasa melakukan kehendak - kehendak syariat didalam melaksanakan segala bentuk kegiatan manusia , seolah - olah dia menjagai dan memerhatikan segala perintah - perintah Allah kerana yang mendatangkan perintah dalam erti kata yang sebenar ialah Allah . Maka jika dia melakukan dengan maksud untuk mendapatkan keredhaan Allah , maka jelasnya orang yang demikian akan mencapai peringkat zikrullah . Kerana itu , maka amalan - amalan yang begini akan dimasukkan kedalam jenis zikrullah kiasan . Walau bagaimanapun zikrullah kiasan ini tidaklah bermakna bahawa amalan - amalan yang seumpama perniagaan , Tabligh , pengajaran atau urusan sosial ( masyarakat ) patut disebut sebgai zikir yang afdhal , disisi kalimah Laa-ilaha-illallah . dan jikalau seseorang itu menggunakan kelebihan yang dipunyai oleh zikir yang sebenar seperti kalimah , keatas lain - lain amalan baik yang telah disenaraikan , ataupun seseorang itu menganggap amalan - amalan baik  ini mencapai taraf zikrullah yang sebenar maka penafsiran yang sedemikian tidak akan selaras dengan maksud daripada Al Qur'an dan Hadith - Hadith sahih .

Setiap amalan baik mempunyai kelebihan dan ganjarannya yang jelas . dengan ini , kelebihan - kelebihan yang sebenarnya dikhaskan dengan sesuatu amalan yang tertentu hendaklah dinyatakan . dengan mencampur adukkan kesemuanya dan juga kerana hendak menegaskan tentang kepentingan setengah - setengah amalan baik lantas " ibadat kiasan " disiytiharkan sebagai ibadat yang sebenar . Ibadat yang sebenar dinyatakan sebagai 'ibadat kiasan '  ( dengan ini menurunkan darjah kepentinganya) . maka hal yang demikian adalah suatu penyelewengan agama yang serius dan berbahaya . Inilah kecenderungan yang berlaku pafa hari ini dengan memberikan jolokan kepadanya sebagai "kajian" dan "hasil kecemerlangan" , dan amalan ibadat yang sebenar dianggap dan diberi gelaran "puja berhala" , dan zikir yang sebenar dihina dengan memanggilnya sebagai zikir adat ( upacara ) . Perlulah sangat  berhati - hati dengan  perkara ini . Selepas daripada kata - kata amaran ini , maka sekarang ini diberikan suatu peristiwa mengenai amalan ibadat yang paling utama oleh rasulullah SAW yani solat…( sambungan dalam kitab )

rujukan :






كتبتُ وقد أيقنتُ يوم كتابتِي ❊❊ بأنَّ يدي تفنَى ويبقى كتابُها

فإن عملَت خيراً ستُجزى بمثله ❊❊ وإن عملت شرًّا عليَّ حسابُها

“Aku mencatat sedangkan aku yakin pada hari aku mencatat,

Bahawa tanganku akan binasa, tulisannya jua yang kekal,

Jika tanganku melakukan kebaikan, ia akan dibalas setimpalnya,

Jika ia melakukan keburukan, aku yang akan dihisab”.